Generasi Pertama (BJ & FJ, 1951-1954) Toyota Land Cruiser

  • 1950 - Letusan Perang Korea menyebabkan kenaikan permintaan kenderaan tentera. Kerajaan Amerika Syarikat menempah 100 kenderaan dengan spek Willys dan Toyota diminta untuk membuatkan kenderaan ini.
  • 1951 - Prototaip kereta Toyota "Jeep" BJ mulai dikembangkan bulan Januari 1951. Jeep BJ ini ukurannya lebih besar daripada asalnya yang dari Amerika dan menggunakan enjin petrol Jenis B 3.4L 6 silinder segaris yang menghasilkan tenaga 85 hp / 3600 rpm dan tork 215 Nm / 1600 rpm. Berpenggerak 4 roda.
  • 1951 - Bulan Julai 1951, test driver Toyota Ichiro Taira memandu prototaip Jeep BJ ini sampai ke peringkat keenam Gunung Fuji, dan menjadi kereta pertama yang berjaya sampai tahap ini. Ujian ini juga dilihat oleh Badan Polis Kebangsaan Jepun (National Police Agency atau NPA). Terkesan dengan ketangguhan kereta ini, akhirnya NPA juga memesan 289 unit kereta ini untuk dijadikan kereta peronda rasmi mereka.
  • 1953 - Pengeluaran dari "Toyota Jeep BJ" bermula di Kilang Toyota Honsya dan Arakawa Bankin Kogyo KK (sekarang dikenali sebagai ARACO dan merupakan sekutu dari Toyota Auto Body Co.). [1]
  • 1954 - Nama "Land Cruiser" dicipta oleh pengarah teknik Hanji Umehara. "Di United Kingdom kami punya pesaing lain: Land Rover. Saya perlu buat sebuah nama yang bagus untuk kereta ini agar tidak diganggu oleh para pesaing-pesaing kita itu. Itu mengapa aku namakan 'Land Cruiser'. Nama ini sebelumnya sudah dipakai untuk kereta Studebaker Land Cruiser di AS tahun 1934-1954 tetapi hal itu takkan bermasalah.
  • 1954 - Mesin 3.9L Jenis F 125 hp ditambah untuk model casis fire-engine